Pendatang Tanpa Izin di Sabah

RM95.00

Out of stock

Rakyat Malaysia, khususnya penduduk Sabah, mungkin ingin mengenang semula peristiwa yang berlaku lebih kurang 20 tahun yang lalu, di awal ambang millennium. Saya berharap selepas membaca buku ini, kita akan bermuhasabah diri, memberi lebih perhatian dan mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai satu isu yang sudah terlalu lama membawa begitu banyak kedukaan di dalam hati sanubari rakyat Sabah termasuk rakyat Malaysia yang menetap di Sabah.

Buku ini merupakan penghasilan semula koleksi laporan-laporan suratkhabar, gambar-gambar, dan rencanarencana penuh nostalgia dan bermakna yang dihasilkan sepanjang perkhidmatan saya sebagai Ketua Menteri Sabah. Buku ini akan mengetengahkan apa yang rakyat Malaysia, dan rakyat Sabah, dapat lakukan sekiranya ada kehendak politik dan yang lebih utama, keberanian untuk bertindak.

Rakyat Sabah, diterajui oleh pemimpin politik negeri ini, telah sekian lama berasa kecewa dengan pengabaian yang disengajakan oleh agensi-agensi penguatkuasa undang-undang ke atas kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah sejak lebih daripada 50 tahun yang lalu. Setelah berkali-kali diasak oleh ahli-ahli politik kita sendiri, akhirnya tertubuhlah Suruhanjaya Siasatan Diraja Berkaitan Pendatang Asing di Sabah (RCI) pada 6 September 2012, dan kemuncaknya ialah apabila Laporan Suruhanjaya (Laporan RCI 1 ) disampaikan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada 21 Mei 2014.

Kini, enam tahun selepas terbitnya Laporan RCI tersebut, kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah terus menerus berlaku tanpa sebarang usaha untuk menghentikannya. Koloni setinggan haram terus tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Sumber berharga negeri, air dan elektrik, berterusan dirompak tanpa mempedulikan undang-undang negeri ini, serta langsung tidak menghiraukan penguatkuasaan pihak berkuasa air dan elektrik negeri.

Mengapakah kita harus terus dibebankan dengan masalah yang tidak berkesudahan ini walaupun sudah begitu lama kita merayu, meminta malah memberi kata dua kepada Kerajaan Persekutuan? Malangnya, ketika kerajaan sedang sibuk mengenakan fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak COVID-19 daripada terus merebak, media melaporkan terdapat lebih 400 rakyat Filipina telah meninggalkan Sabah melalui laluan haram iaitu Jalan Tikus.

Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan terjadinya kebanjiran pendatang haram yang kita kenali sebagai ‘Ibu kepada segala masalah’ ini dan siapakah yang berkuasa untuk menyelesaikannya? Adakah Kerajaan Sabah ataupun Kerajaan Persekutuan? Adakah ini tanggungjawab pihak kerajaan tempatan? Ataupun pasukan keselamatan? Bagaimana pula dengan pemimpin politik kita yang telah kita pilih untuk mengurus negeri kita dan mewakili kita di peringkat persekutuan di Putrajaya? Atau adakah ini kesilapan diri kita sendiri sebagai rakyat Sabah, yang terus menerus memilih ahli-ahli politik yang menganggap tugas mereka hanyalah untuk bersuara ketika menjadi pembangkang tetapi menikus ketika memegang jawatan Menteri?

Additional information

Weight 0.5 kg
Dimensions 8.5 × 12 × 0.4 in
Author

Type

Softcover

Pages

203

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.