Etnobotani

RM45.00

Etnobotani RM45.00

Manual Pemuliharaan “Manusia dan Tumbuhan”, Jilid 1

Etnobotani – satu kajian tentang pengkelasan, pengurusan dan penggunaan oleh manusia – adalah satu usaha yang menarik berbagai disiplin akademik. Ahli-ahli etnobotani dan orang tempatan menghadapi tugas-tugas mencabar bukan sahaja unutk merekod pengetahuan tentang dunia tumbuhan, tetapi juga menggunakan hasil-hasil kajian mereka untuk pemuliharaan kepelbagaian hidupan dan pembangunan masyarakat. Salah satu matlamat mereka adalah untuk memastikan bahawa sejarah alam semulajadi tempatan menjadi satu tradisi hidup dan tertulis dalam masyarakay yang sekian lama hanya disebarkan melalui pertuturan. Mereka ini sedang mengejar masa depan kerana pengetahuan peribumi tentang persekitaran begitu cepat menghilang dalam suasana pemusnahan kawasan semulajadi dan transformasi budaya tradisional sejagat.

Buku ini – merupakan yang pertama dalam satu siri baru manual-manual amali untuk pemuliharaan tumbuhan disponsoroleh WWF, UNESCO dan Taman Botani Di Raja, Kew – menyediakan satu imbasan menyeluruh tentang disiplin yang baru muncul ini. Ia terutamanya ditujukan untuk penyelidik yang baru memulakan kajian lpangan dan memberikan pemerihalan terperinci tentang kemahiran dan kaedah-kaedah dan teknik-teknik baru yang diceduk daripada disiplin botani, antropologi, ekonomi, etnofarmakologi dan lain-lain. Manual bermula dengan memberi nasihat mengenai pengumpulan data dan pengujian hipotesis dan berakhir dengan memberi idea-idea praktikal mengenai etika bekerja lapangan dan penggunaan hasil-hasil penyelidikan untuk pemuliharaan dan pembangunan masyarakat. Dengan adanya ilustrasi yang diambil daripada pengalaman-pengalaman teman sekerja demi seluruh dunia, buku in mendemonstrasikan bahawa kunci kepada hasil yang cemerlang adalah kerjasama yang erat dengan orang tempatan, ahli pemuliharaan dan pakar-pakar akademik yang pelbagai.

  • Memerihalkan kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik asas yang diperlukan untuk mengumpul data lapangan yang berkualiti.
  • Membentuk sebahagian daripada satu siri manual pemuliharaan yang disponsor oleh WWF, UNESCO dan Taman Botani Di Raja, Kew.
  • Memfokus kenada enam bidang akademik yang berkaitan dengan etnobotani: botani, etnofarmakologi, antropologi, ekologi, ekonomi dan linguistik.
  • Ditulis dalam satu gaya yang tidak teknikal dan boleh diakses oleh penyelidik daripada disiplin akademik yang berbagai.

Gary J. Martin adalah seorang Penyelaras lapangan bagi satu Inisiatif mengenai Etnobotani dan Penggunaan Sumber Genetik Tumbuhan yang mapan oleh WWF/UNESCO/Taman Botani Di Raja, Kew. Beliau terlibat dalam projek-projek di Carribean, Mexico, Bolivia dan Malaysia.

Maryati Mohamed adalah seorang Professor Madya dan merupakan seorang Ketua Unit Biologi Tropika dan Pemuliharaan, di Universiti Malaysia Sabah. Sungguhpun seorang ahli ekologi dn taksonomi semut beliau telah meterjemahkan beberapa buku dalam bidang lain, contohnya Manual Latihan Pemuliharaan dan Penyelidikan Hidupan Liar di Lapangan. Ini disebabkan komitmen beliau untuk memastikan agar pengetahuan yang menjurus kepada pemuliharaan kepelbagaian biologi dapat diakses oleh masyarakat yang bertutur Bahasa Melayu.

 

Additional information

Weight 0.5 kg
ISBN

Author

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.